Assalamualaikum......
Resepi kedua dariku...
ceh..ada korang kesah kan??....kelmarin rasa macam rajin nak masak so suruh hubby g pasar beli barang n tanya dia nak makan apa...he was answer..."ayam masak merahla"...so rasa macam boleh je aku buat tapi nak buat pandai masak sendiri tanpa refer mana2 resepi macam belagak sangat pulak kan...so aku pun buka kitab resepi aku iaitu...
"Resepi Masakan TLDM".... buku ni hubby la beli sapa lagi...last year kot beli tapi baru this year la aku kerap buka...ngehehe....berguna jugak buku ni...kalau korang nak tau macam2 resepila ada dalam ni...semuanya dari
cook yang dah expert beb...tapi sbnrnya buku ni especially untuk warga Navy je kot untuk mudah diorang refer...
semoga dengan ada buku ni aku akan jadi supercook macam diorang haha.
Inilah hasil masakan aku....nampak sedap kan memang sedapp pun puan-puan haha...so boleh cuba resepi dibawah tu...
Bahan-bahan
Ayam -1 ekor (dipotong 10-12 ketul)
Tomato Puree -340 gram
Kacang Peas -1 tin
Susu cair -1 tin
Minyak masak -untuk menumis
Garam,gula, serbuk perasa secukupnya
bawang besar - dipotong bulat-hiasan
daun bawang - dipotong 1inci-hiasan
Biji gajus(hiasan)
Bahan-bahan dikisar
cili merah -150gram
bawang putih -2 labu
bawang merah -8-9 labu
halia - 50 gram
bawang besar -2 biji
Cara-cara membuatnya
1. Ayam yang telah dipotong, dibersihkan dan ditoskan....gaul dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng
sehingga separuh masak dan ketepikan
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan tomato puree, kacang pees, dan
biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan susu cair,garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
4. Last, masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
5. Angkat,hias dan siap untuk dihidangkan.
p/s: ni bukan resepi aku tapi resepi dari yang pakar so korang mesti cuba...bye