Thursday, June 23, 2011

Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum.....

Insan ALLAH bernama Rabiatul Adawiyah ini merupakan seorang wali Allah. Wanita ini mempunyai ramai pengikut dan pelajarnya.tetapi beliau telah diuji oleh ALLAH dengan tidak menjodohkan beliau dengan mana-mana lelaki. Walaupun begitu beliau tetap bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA. Suatu hari apabila beliau solat beliau telah meletakkan lilin di kiri dan kanan beliau. Apabila muridnya bertanyakan mengapa dilakukan begitu beliau berkata "lilin di kiriku untuk menghapuskan neraka dan di kananku untuk menghapuskan syurga...jadi solatku tidak bertujuan untuk kedua-dua ini dan ia hanya dilakukan kerana ALLAH s.w.t

Masyallah....sungguh istimewa kan insan ini...aku mendengar cerita ini dari abahku sebentar tadi dan aku tertarik dengan kisah hidup wanita ini...lepas ni nak cari buku beliaula...

Peace & love

menghabiskan sisa cuti

Assalamualaikum......

Semalam pegi sekolah nak ukur baju untuk baju batik...kain saja rm60 n upah pula rm60...bapak mahal..huh tapi semua terpaksa juga pejam mata buat sebab dah kesuntukan masa..baju batik tu kena pakai seragam masa hari anugerah pada 17 julai...mana sempat nak tempah kat taylor lain tambahan lagi skang ni nak raya...nasibla if ada lagi yg terima tempahan kan?...erm...tapi xjadi pulak ukur baju sebab design kain tu tak sama mcm sekolah nak...so rejectla..semua cikgu tak nak sebab macam design baju batik budak asrama...haha...macam-macam hal...haihh

Aku bawak awish ke sekolah dan tinggal adik kat mak di rumah...mujurla adik dah dapat terima susu formula..susu aku pun tak banyak...masuk je dalam sekolah...kelihatan budak-budak 3H berkeliaran di luar kelas seperti biasala...haiihh selama 2bulan aku tiada sama je budak2 ni punya perangai...otak aku yg selama ni free skit ntah tiba-tiba terus jadi macam nak sewel sket after masuk sekolah...tgk gelagat budak-budak itu...haihh aku akan melaluinya lagi nanti...tidak lama lagi...erm...di bilik guru awish bersalaman dengan semua cikgu yang ada...semua cakap good boy..kembang kempisla hidung dia..haha..tapi beliau mula naik angin apabila ditegur sekumpulan budak-budak lelaki form 4...riuh dlm bilik guru dengan suara dia...dan mahu didukung aja...dah macam koala bear...penat aku..bukannya ringan dah sama berat beras 10kg dah...erm dia memang takot budak-budak lelaki lagi-lagi yang tinggi dan gemokss...haha...babanya tak takot plak kan???shhhh....

Now aku kat rumah mak...menghabiskan sisa cuti aku yg xberapa hari je lagi...dahla silap kira..ingatkan isnin depan baru start rupanya khamis dah kena g sek...nasib badanla...anna u must strong enough after this to face the monster at the school...caiiyookk..

Peace & love